Latar Belakang Taman West Country

Pada awalnya, Bandar Baru Bangi berasal daripada kawasan ladang kelapa sawit yang di kenali sebagai West Country Estate. Pada tahun 1974, Ladang kelapa sawit yang berkeluasan 5118 ekar ini mula dibangunkan setelah proses pengambilan tanah dibuat oleh kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan mulai 1972 sehingga 1978. Proses pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja membangunkan kawasan ini berakhir pada tahun 2007 dengan pembinaan 11040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah kompleks pejabat.

Taman West Country merupakan salah satu taman yang berada di Bandar baru bangi.Taman ini terletak di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Taman ini bersebelahan dengan Taman Langat Jaya. Pada asalnya Taman West Country ini adalah sebuah kawasan estet yang majoriti didiami oleh masyarakat India. Kemudiannya kawasan ini telah dibangunkan menjadi taman perumahan. Pada permulaannya, taman ini merupakan taman perumahan kos rendah yang dibangunkan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Menurut sumber, selain masyarakat india yang bekerja sekitar kawasan tersebut penduduk awal taman ini sebahagiannya adalah orang luar yang berbangsa Melayu. Pada waktu itu bekalan elektrik dan air amatlah sukar kerana tidak diselenggara dengan baik lagi. Selepas rumah kos rendah ini siap dibina, pembinaan diteruskan lagi dengan pembinaan rumah kos sederhana. Keluasan kawasan bagi taman ini boleh dikatakan agak besar dan luas sehingga mampu menampung 3 fasa pembinaan rumah.


Kini, majoriti masyarakat di Taman West Country adalah kaum melayu diikuti oleh kaum india dan seterusnya kaum cina. malah kemudahan fasiliti seperti sekolah, surau, kedai runcit dan sebagainya juga telah dibina. Penduduk di taman ini juga di anggarkankan melebihi 700 ahli.



0 comments:

Post a Comment