Sejarah Taman West Country

Taman West Country merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, Selangor. Sekitar 1980-an, tapak perumahan ini pada asalnya adalah kawasan estet dan tidak banyak rumah yang dibina. Kami berjaya menemui seorang penduduk yang menetap selama 28 tahun di taman perumahan ini sejak tahun 1987 iaitu En. Othman. Beliau bersama-sama keluarganya merupakan keluarga pertama yang menghuni taman tersebut. Selain itu, kami juga bertemu dengan Puan Rohaida binti Ahmad, seorang pengusaha makanan frozen yang telah menetap di taman ini selama 19 tahun dan merupakan jiran rapat kepada keluarga En. Othman. Apabila kawasan tersebut dinaiktaraf kepada kawasan perumahan sekitar 1990-an, semakin ramai yang menetap di situ dan sehingga kini, dianggarkan terdapat lebih kurang 400 keluarga menetap di Taman West Country ini. Apabila diceritakan kembali, pada awal kedatangan En. Othman dan keluarganya, keadaan agak sukar kerana mereka tidak mendapat bekalan elektrik di rumah dan hanya lilin menjadi pengganti. Pada ketika itu, kawasan tersebut didiami oleh kaum India kebanyakannya, memandangkan kawasan itu adalah estet. Kini, majoriti penduduk adalah kaum Melayu. Dari segi kesepaduan antara penduduk, taman ini memiliki Kelab Rukun Tetangga di mana setiap aktiviti melibatkan penduduk akan dikelolakan oleh kelab ini. Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ialah sukaneka dan gotong-royong. Selain itu, jika terdapat majlis perkahwinan mahupun kematian, penduduk akan bergotong-royong memasak untuk kenduri kahwin atau kenduri tahlil. Namun, gotong-royong seperti ini semakin berkurangan kerana lebih ramai yang memilih katering untuk kenduri perkahwinan. Apabila tiba hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, taman tersebut menjadi lebih meriah dengan adanya kunjungan antara jiran dari rumah ke rumah. Terdapat beberapa kemudahan di taman ini seperti surau, kedai-kedai, sekolah, padang dan taman permainan. 

Bersama En. Othman di rumahnya.

Persekitaran kawasan perumahan.



0 comments:

Post a Comment